Empayar Rom Βασιλεία τῶν Ῥωμαίων | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1204–1461 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negeri naungan Empayar Mongol (1243–1336) | ||||||||
Ibu negara | Trebizond | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Pontic Greek[perlu rujukan] (de facto) Laz | ||||||||
Agama | Ortodok Timur | ||||||||
Kerajaan | Monarki mutlak | ||||||||
Maharaja1 | |||||||||
• 1204–1222 | Alexios I | ||||||||
• 1459–1461 | David | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Akhir | ||||||||
• Didirikan | 1204 | ||||||||
• Dibubarkan | 15 Ogos 1461 | ||||||||
| |||||||||
1 gelaran penuh para maharaja Trapezuntine selepas tahun 1261 adalah "the faithful Basileus dan Autokrator daripada Seluruh Timur, Iberia dan Perateia" |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
---|
Sejarah Turki |
Garis masa |
Portal Turkey |
Empayar Trebizond adalah sebuah empayar monarki yang makmur pada kurun ke-13 sehingga kurun ke-15 yang terdiri daripada bahagian timur laut Anatolia dan selatan Crimea. Asalnya, ia tercetus dari pemberontakan yang dimulakan oleh cicit kepada Maharaja Andronikos I Komnenos, dalam masa setahun wilayah-wilayah yang menyokong beliau disusun menjadi satu daripada tiga negeri-negeri pengganti kepada Greek Byzantine yang diasaskan selepas kejatuhan Empayar Byzantine dalam Perang Salib Keempat. Negeri-negeri lain adalah Empayar Nicaea dan Despotat Epirus. Meskipun peluang mereka untuk menakluk semula Constantinople tipis berikutan kehilangan Sinope pada tahun 1214, maharaja Trebizond terus menuntut takhta maharaja berdekad-dekad selepas penaklukan semula Constantinople oleh Nicaea pada tahun 1261, yang mana menghapuskan Empayar Latin yang lemah. Untuk dua kurun seterusnya, empayar Trebizond memperolehi reputasi di mata Eropah Barat ekoran "memperkayakan perdagangan dari Parsi dan Timur melalui ibu kotanya," tulis Steven Runciman, "and by the silver-mines in the hills behind, and famed for the beauty of its princesses." Pemerhatian Runciman disokong oleh Donald Nicol: "Kebanyakan para maharaja diberkati dengan keturunan anak perempuan yang boleh dikahwinkan, dan kecantikan wanita Trebizond merupakan lagenda sepertimana kemewahan hantaran kahwin mereka."
Raja-raja Trebizond menjadi bukti kelangsungan hidup negeri-negeri pengganti empayar Byzantine yang terpanjang. Despotate of Epirus secara perlahan-lahan berpecah-pecah pada kurun ke-13 dan kurun ke-14, dan kemudian berada di bawah kawalan empayar Byzantine yang dipulihkan kembali s. 1340. Manakala empayar Nicaea menjadi empayar Byzantine yang dipulihkan, riwayatnya tamat pada tahun 1453 dengan penaklukan Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah. Empayar Trebizond bertahan sehingga tahun 1461 apabila Sultan Uthmaniyah Mehmed II menakluknya selepas sebulan dikepung dan menawan pemerintah dan keluarga beliau. Wilayahnya di Crimea, Prinsipaliti Theodoro, bertahan untuk 14 tahun berikutnya sebelum jatuh kepada Uthmaniyah pada tahun 1475.
Kekayaan dan kedudukan strategik membawa kemasyurannya. Cervantes memperincikan hero eponim beliau dalam Don Quixote sebagai "imagining himself for the valour of his arm already crowned at least Emperor of Trebizond." Rabelais had his character Picrochole, the ruler of Piedmont, declare: "I want also to be Emperor of Trebizond." Other allusions, as well as works set in this distant monarchy, continue into the 20th century.
|trans_title=
ignored (bantuan)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Empayar Trebizond |
Templat:Byzantine Empire topics Templat:Fragments of the Byzantine Empire Templat:Medieval states in Anatolia Templat:Emperors of Trebizond Templat:History of Turkey timeline